TYCOON IM, adalah sebuah jenama di bawah Tycoon IM Sdn Bhd, mula beroperasi pada JANUARI 2017. Tycoon IM pada awalnya dibina untuk membantu usahawan baru untuk melonjakkan jualan dengan menyediakan servis pengurusan iklan dan pemasaran digital.
Lebih 120 jenama berjaya dibantu dari 2017 sehingga 2019 dengan pencapaian sebanyak 97% success rate di dalam menguruskan kempen pemasaran digital bagi pihak klien.
Bermula Oktober 2019, Tycoon IM Sdn Bhd telah mengubah hala tuju syarikat di mana Tycoon IM tidak lagi menyediakan servis pemasaran digital dan pengurusan iklan untuk pihak klien, namun 100% memfokuskan kepada pembangunan dan jualan produk-produk sendiri sahaja.
Misi 2022 Tycoon IM Sdn Bhd adalah untuk menjayakan pembangunan dan jualan besar untuk beberapa produk keluaran terbaru di bawah beberapa jenama milik Tycoon IM sendiri, khusus di dalam niche kecantikan, kesihatan dan pakaian.