1. Membangunkan konsep reka bentuk dan grafik untuk pelbagai bahan seperti
reka bentuk korporat, brosur, risalah, sepanduk, laman web, serta bahan
dalaman syarikat.
2. Merancang dan menghasilkan idea kreatif untuk strategi pemasaran dan
media sosial yang selaras dengan sasaran pemasaran syarikat.
3. Menyediakan reka bentuk dan video untuk meningkatkan kesedaran jenama,
mempromosikan produk/perkhidmatan syarikat, dan menyokong
pertumbuhan prospek.
4. Sentiasa mengikuti trend reka bentuk terkini, memberikan input kreatif, serta
menyokong jabatan pemasaran dengan karya seni, video, dan grafik
publisiti.
5. Mengendalikan penyuntingan video untuk pelbagai tujuan, termasuk tutorial,
pemasaran, dan penjenamaan syarikat.
6. Bertanggungjawab mengendalikan kamera dan peralatan produksi lain untuk
menghasilkan kandungan video berkualiti tinggi.
7. Menambah elemen kreatif ke dalam video seperti dialog, muzik, kesan bunyi,
grafik, dan kesan khas.
8. Menyediakan penyelesaian digital yang kreatif dan mengemas kini bahan
grafik untuk memastikan konsistensi reka bentuk.
9. Bekerjasama dengan pasukan Pemasaran Digital untuk menguruskan
semua bahan reka bentuk grafik.
10. Mengenal pasti trend pemasaran, teknologi baru, serta membina strategi
pertumbuhan kreatif untuk mencapai sasaran perniagaan.
11. Memastikan semua projek diuruskan mengikut urutan logik dan selesai
mengikut tarikh akhir.
12. Melaksanakan tugas tambahan yang diberikan oleh pihak pengurusan dari
semasa ke semasa.
1. Bekerjasama dengan pasukan kreatif untuk merancang dan mengembangkan
konsep projek video.
2. Mengikuti trend video terkini dan mengaplikasikannya dalam proses produksi.
3. Mengendalikan kamera dan peralatan video lain semasa sesi rakaman.
4. Menyediakan pencahayaan, bunyi, dan latar untuk rakaman video.
5. Memastikan semua rakaman memenuhi kualiti tinggi dan kehendak kreatif.
6. Menyunting rakaman asli menjadi produk akhir yang profesional, termasuk
peralihan, kesan khas, dan grafik.
7. Menambah muzik, kesan bunyi, dan suara latar jika diperlukan.
8. Menyelaraskan warna dan tahap audio untuk memastikan kualiti video dan bunyi
yang terbaik.
9. Menyelenggara dan memastikan semua peralatan video dalam keadaan baik.
10. Mengoptimumkan video untuk pelbagai platform seperti media sosial, laman
web, dan pengiklanan.
11. Memastikan video memenuhi keperluan teknikal untuk penyebaran secara
dalam talian dan luar talian.
12. Bekerjasama rapat dengan jurugambar, pereka grafik, dan pasukan pemasaran
untuk memastikan kandungan video selaras dengan matlamat jenama.
13. Merakam dan menyampaikan cerita melalui visual yang menarik perhatian
penonton.
14. Mengendalikan produksi video secara langsung termasuk penyediaan,
penstriman, dan pemantauan.
15. Merakam dan mendokumentasikan acara korporat, pelancaran produk, atau
temu bual.
16. Melaksanakan tugas tambahan yang diberikan oleh pihak pengurusan,
termasuk membantu dalam projek atau kempen berkaitan media lain.
1. Mengemaskini platform laman web dan media sosial dengan kandungan serta
promosi terkini.
2. Membuat, mengemaskini dan mengurus laman web untuk penghasilan
kempen dan iklan.
3. Merancang, mengembangkan, melaksanakan, memantau dan melaporkan
kempen pemasaran digital termasuk strategi dan tindak balas terhadap
prestasi semasa.
4. Merancang serta menghasilkan salinan dan kandungan bertulis yang menarik
untuk media sosial dan menghasilkan keberkesanan dalam penyampaian
mesej.
5. Memberikan sokongan yang menyeluruh dalam semua aktiviti pemasaran
termasuk pengurusan dan pelaksanaan rancangan pemasaran.
6. Aktif dalam mencari dan merebut peluang baru untuk kempen pemasaran
dalam talian serta aktif dalam pembangunan strategi pemasaran.
7. Aktif dalam pasukan pemasaran dengan menyumbang kepada perancangan
strategik pemasaran dan penyelidikan pasaran yang berkaitan.
8. Mengenal pasti tren dan pandangan semasa serta mengoptimumkan
perbelanjaan dan prestasi dalam pemasaran.
9. Mengukur dan melaporkan prestasi semasa kempen pemasaran digital
dengan teliti untuk membantu dalam penambahbaikan.
10. Menjalankan segala tugas tambahan yang diberikan oleh pihak atasan atau
pengurusan mengikut keperluan syarikat.
1. Memantau, mengurus dan menambah baik prestasi pasukan dalam
pemasaran iklan.
2. Kemaskini platform laman web dan media sosial dengan kandungan dan
promosi terkini.
3. Membuat, mengemas kini dan menguruskan laman web untuk kempen iklan.
4. Merancang, mengembangkan, melaksanakan, memantau dan melaporkan
kempen pemasaran digital dengan teliti
5. Merancang dan mencipta kandungan yang kreatif serta penulisan yang
menarik untuk disiarkan media sosial
6. Mencari dan mengenal pasti peluang baru bagi kempen pemasaran dalam
talian secara proaktif.
7. Mengenal pasti trend dan pandangan serta mengoptimalkan perbelanjaan dan
prestasi berdasarkan analisis dalaman.
8. Mengukur dan melaporkan prestasi semua kempen pemasaran dengan teliti.
9. Terlibat dalam pasukan pemasaran dengan perancangan pemasaran dan
aktiviti penyelidikan.
10. Segala tugas lain yang diberikan oleh pihak atasan atau pengurusan dari
semasa ke semasa.
1) Merangka idea kreatif untuk kandungan yang sesuai dengan sasaran
auudiens.
2) Mengendalikan sesi siaran langsung (live) di media sosial.
3) Menghasilkan dan menyiapkan kandungan seperti gambar, poster, video atau
podcast untuk pelbagai platform mengikut KPI yang telah ditetapkan.
4) Menyunting gambar, poster atau audio untuk memastikan kualiti yang tinggi
yang tinggi dan konsisten dengan jenama syarikat.
5) Memuat naik dan menguruskan kandungan di platform media sosial seperti
Instagram, TikTok, Facebook atau Youtube.
6) Membalas komen dan mesej dari pengguna untuk meningkatkan interaksi dan
pertambahan pengikut.
7) Berkolaborasi dengan Jabatan Pemasaran dan Jabatan lain untuk memastikan
kandungan selari dengan kempen pemasaran.
8) Menganalisis prestasi kandungan menggunakan analytic tools dan
menyediakan laporan mengenai engagement, reach dan pertumbuhan
audiens.
9) Sentiasa cakna dengan trend semasa dalam media sosial dan platform digital
untuk memastikan kandungan sentiasa relevan.
10) Merancang jadual penerbitan kandungan dan menguruskan masa dengan
cekap untuk memastikan kandungan dikeluarkan mengikut rancangan.
11) Segala tugas lain yang diberikan oleh pihak atasan atau pengurusan dari masa
ke semasa.
1) Mengendalikan dan menjadi hos bagi sesi siaran langsung (live) di media
sosial.
2) Berinteraksi dengan penonton secara langsung, menjawab soalan,
mempromosikan produk, dan memberikan maklumat terkini tentang produk.
3) Mengumpul maklum balas dari sesi siaran langsung untuk memahami
pengalaman pengguna.
4) Menganalisis prestasi kandungan menggunakan analytic tools dan
menyediakan laporan mengenai engagement, reach dan pertumbuhan
audiens.
5) Memastikan siaran langsung berjalan lancar dan menarik.
6) Menerangkan ciri-ciri, manfaat, dan keunikan produk dengan jelas dan
meyakinkan.
7) Melibatkan penonton untuk meningkatkan minat terhadap produk yang
dipromosikan.
8) Menyediakan dan menyusun produk atau bahan yang diperlukan sebelum sesi
siaran langsung.
9) Menggalakkan penonton untuk membeli produk melalui platform e-dagang
atau kaedah lain.
10) Membina hubungan baik dengan audiens melalui komunikasi yang mesra dan
profesional.
11) Menghasilkan idea untuk meningkatkan kreativiti dan daya tarikan sesi Live.
12) Bekerjasama dengan pasukan pemasaran atau kreatif untuk menambah baik
kandungan visual atau audio.
13) Memastikan kamera, pencahayaan, dan peralatan lain berfungsi dengan baik
semasa sesi siaran langsung.
14) Memberikan jawapan pantas dan responsif kepada soalan atau komen semasa
sesi siaran langsung.
15) Memantau jumlah tontonan, penglibatan, dan jualan semasa serta selepas sesi
siaran langsung
16) Menyediakan latar belakang dan susunan tempat yang menarik dan sesuai
untuk siaran langsung.